awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di stesen minyak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/07/2021
04:22 MYT
Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di stesen minyak
Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang dipercayai telah terperangkap di dalam kereta selama 10 minit. - Foto JBPM Perak
IPOH: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang terkunci di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Chemor, dekat sini, hari ini.
Mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kereta dengan injin masih hidup sementara ibunya keluar untuk mengisi minyak.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza.
“Mangsa dikatakan telah terperangkap dalam kereta selama 10 minit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan tersebut.
Mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#bomba
#JBPM
#stesen minyak
#terkunci dalam kereta
#Kanak-kanak
#terperangkap
#Chemor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan