GUA MUSANG: Lima lelaki berusia antara 45 hingga 50 tahun yang terperangkap akibat banjir kilat yang berlaku berdekatan Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang, berjaya diselamatkan pihak bomba, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata kejadian berlaku apabila kenderaan Perodua Aruz yang dinaiki kesemua mangsa hanyut dibawa arus deras ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air itu.
"Kami menerima panggilan pukul 2.15 petang tadi memaklumkan terdapat lima lelaki terperangkap dan berada di atas saluran pembentung selepas kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras.
Kesemua mangsa sempat berpaut pada saluran pembentung dan terperangkap di tempat kejadian sebelum diselamatkan bomba," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Nor Azizi berkata mangsa ditemukan berada di atas pembentung dalam keadaan kesejukan dan seorang mangsa hampir mengalami hypotermia.
"Kedalaman air di sekitar pembentung itu lebih dua meter dan anggota perlu berenang untuk mendapatkan mangsa dengan memakai 'Personal Floating Device' (PFD)," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Lima lelaki berusia antara 45 hingga 50 tahun yang terperangkap akibat banjir kilat yang berlaku berdekatan Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang, berjaya diselamatkan pihak bomba, petang tadi. - Foto Sinar Harian

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Banjir kilat: Hanya satu PPS masih dibuka dengan 26 mangsa di Perak
Jumlah mangsa banjir kilat di Perak semakin mencatatkan penurunan setakat jam 8 malam ini dengan hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.

Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, dua PPS dibuka
Dua PPS dibuka pagi ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih dan Balai Raya Kampung Klah.

Banjir kilat: Dua PPS dibuka, 102 mangsa dipindah di Baling
Dua PPS diaktifkan di Daerah Baling dengan menempatkan seramai 102 orang mangsa selepas daerah itu dilanda banjir kilat.

Banjir kilat jejaskan penduduk Baling
Sebanyak empat buah kampung di sini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan cuaca buruk sejak Khamis.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Kerian, LMS dinaiki air
Hujan lebat selama lebih tiga jam pagi tadi telah menyebabkan beberapa buah kawasan di daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama (LMS) dilanda banjir kilat.

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

Bantuan dipergiat di timur Libya
SAR terus dipergiatkan di bandar Derna yang kini diselaputi lumpur tebal dan menyaksikan kemusnahan teruk.

Banjir kilat Raub, 28 penduduk dipindahkan ke PPS
Semua mangsa kini berada di PPS Dewan Simpang Kallang yang dibuka kira-kira jam 11.30 malam.

Bandar Raub dilanda banjir kilat
Hujan lebat bermula kira-kira jam 8.40 malam menyebabkan air takungan longkang melimpah.