awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan lumba-lumba terdampar di Tawau

Bernama
Bernama
24/02/2019
09:35 MYT
Bomba selamatkan lumba-lumba terdampar di Tawau
Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tawau dibantu oleh Pasukan Polis Marin dan orang awam berhempas pulas menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar. - Bernama
Seekor lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir pantai berhampiran Pusat Komersial Ba Zhong di sini, tengah hari Ahad.
Orang awam yang menyedari kehadiran hidupan laut itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Tawau pada jam 12.05 tengah hari.
Mamalia laut jantan dewasa itu ketika ditemui masih hidup namun berada dalam keadaan lemah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata sejurus menerima maklumat berkenaan dua jentera serta tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.
"Bomba bersama orang awam membantu mengalihkan haiwan tersebut kembali ke laut dalam," katanya ketika ditemui pemberita.
Sharudy berkata keadaan operasi terkawal pada 12.15 tengah hari bagaimana pun operasi belum ditamatkan dan pemantauan masih dilakukan dikhuatiri lumba-lumba itu kembali ke pesisiran pantai.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lumba-lumba
#mamalia laut
#SAR
#Tawau
#terdampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan