IPOH: Seorang wanita berjaya diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tangki air di Pasar Awam Bagan Serai di Kerian, pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.37 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.
"Setibanya anggota di lokasi didapati seorang wanita dipercayai kurang siuman berusia 39 tahun berada di bahagian atas tangki air dengan anggaran ketinggian kira-kira enam tingkat bangunan.
"Ketua operasi bertindak membantu memujuk dan membawa turun mangsa seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sabarodzi berkata, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 2 petang dan bergegas ke lokasi itu bersama pihak bomba.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan yang menetap di Kuala Lumpur telah berkahwin serta mempunyai masalah kesihatan mental.
"Wanita itu tiba di Bagan Serai pada 16 Dis menaiki kenderaan awam. Wanita ini mendakwa dia berada di tangki air kerana ingin menyembunyikan diri daripada diganggu orang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Wanita berkenaan dikatakan pernah menetap di Bagan Serai ketika zaman kanak-kanak, kerana arwah bapanya berkhidmat sebagai guru di kawasan itu.
Menurut Juna, wanita itu telah dibawa ke Balai Polis Bagan Serai untuk tindakan lanjut dan dalam proses menghantarnya ke rumah di Kuala Lumpur. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Seorang wanita berjaya diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tangki air di Pasar Awam Bagan Serai di Kerian, pada Ahad.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.