awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran

Bernama
Bernama
07/02/2025
09:40 MYT
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.32 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru terus ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.32 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru terus ke lokasi.
"Sebaik pihak bomba tiba, dimaklumkan seorang mangsa berada di dalam rumah kedai itu dan kami terus melakukan penyelamatan sebelum berjaya menyelamatkan mangsa bersama tiga ekor kucingnya.
"Tindakan pantas juga berjaya mengawal api daripada terus merebak di dalam kedai berkeluasan 325 meter persegi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian dengan anggaran kemusnahan 20 peratus sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu berkata pihak bomba menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada bahaya lain dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran rumah
#kucing
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan