Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan RMK13 pada 12 tengah hari – Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Bomba selamatkan wanita larikan diri dalam hutan di Manjoi

Bernama 13/06/2025 | 03:30 MYT
Wanita tersebut ditemui berhampiran papan tanda Sungai Kati dalam keadaan ketakutan. - Gambar/ JBPM
IPOH: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berjaya membantu menyelamatkan seorang wanita yang melarikan diri dari rumahnya ke dalam hutan berhampiran di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, di sini, malam tadi.


Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 24 tahun yang melarikan diri ke dalam hutan di Manjoi berjaya diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya selepas keluarganya membuat laporan pada 11.57 malam.
  • Wanita tersebut ditemui berhampiran papan tanda Sungai Kati dalam keadaan ketakutan dan ini merupakan kali kedua dia melarikan diri dari rumah menurut keluarganya.
  • Mangsa tidak mengalami kecederaan dan telah diserahkan semula kepada keluarganya untuk tindakan lanjut.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian itu dilaporkan sendiri oleh ahli keluarga wanita terbabit pada 11.57 malam.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati keluarga wanita itu sedang mencarinya di sekitar rumah dan cuba menghubunginya melalui telefon.

"Mangsa berusia 24 tahun memaklumkan berada berhampiran dengan papan tanda Sungai Kati, Manjoi. Anggota bomba kemudian berjaya menjejaki wanita berkenaan yang berada dalam keadaan takut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ini kali kedua wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya sepertimana dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Wanita terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


#orang hilang #bomba #lari masuk hutan #manjoi