BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah meningkatkan kesiapsiagaan pegawai dan anggota serta logistik susulan negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata seramai 4,169 pegawai dan anggota telah bersiap sedia di negeri yang terlibat iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Terengganu dan Kelantan, yang dijangka berlaku angin baratan mulai 1 hingga 5 Julai ini.
"Pihak JBPM telah mengambil langkah persediaan dan tindakan segera iaitu membuat pemantauan serta analisis data maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkaitan situasi semasa.
"Kami juga menjalankan rondaan di kawasan pantai yang dijangka berlaku luruan angin dan rondaan lebih kerap di kawasan berpotensi dilanda bencana serta rondaan melalui Safety Water And Rescue Team (Swart) terutama di sebelah Pantai Timur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penolong Pengarah Operasi Negeri Seluruh Malaysia 2023 di sini pada Isnin.
Beliau sehubungan itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk mandi di pantai.
Ahmad Izram berkata dari segi logistik pula, semua jentera, utiliti dan pesawat berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan jika berlaku kejadian bencana ketika angin baratan tersebut.
"Pihak bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela dan Pegawai Bomba Bantuan sentiasa bersedia 24 jam dan melakukan pemantauan di kawasan dikenal pasti berpotensi dilanda bencana selain melakukan semakan dengan MetMalaysia berhubung situasi semasa cuaca seluruh negara," katanya.
Beliau berkata JBPM turut berkolaborasi dengan beberapa agensi bagi memantau kawasan berpotensi berlaku banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang serta menjalankan kerja penyelamatan bersama agensi penyelamat lain termasuk jawatankuasa pengurusan bencana.
"Setakat ini, pihak bomba Pulau Pinang menerima 13 panggilan kecemasan pada 1 Julai berkaitan angin kencang, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat serta berjaya menanganinya dengan baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Izram berkata JBPM sedang melakukan pemeriksaan keselamatan kebakaran di semua pusat mengundi dan penjumlahan undi di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Cuma setakat ini kami belum lagi menerima jumlah sebenar pusat mengundi dan penjumlahan undi, namun pemeriksaan yang JBPM jalankan mengikut data pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-15) sebelum ini," katanya.
PRN akan berlangsung di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
AHMAD IZRAM: Pihak JBPM telah mengambil langkah persediaan dan tindakan segera iaitu membuat pemantauan serta analisis data maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia berkaitan situasi semasa. - Foto fail/BERNAMA
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.