awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba siasat punca kebakaran kelab golf

Bernama
Bernama
14/12/2020
23:44 MYT
Bomba siasat punca kebakaran kelab golf
Norazam Khamis, Pengarah JBPM Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menyiasat punca kebakaran bangunan di Mines Resort and Golf Club, dipercayai berpunca akibat disambar petir, petang semalam.
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata bangunan dua tingkat di kelab golf itu terbakar di tingkat satu dengan anggaran kemusnahan 30 peratus.
"Tiada mangsa terbabit dalam kebakaran di kawasan seluas kira-kira 929.0304 meter persegi itu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang dan empat jentera bomba dengan 20 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 4.20 petang manakala jumlah kerugian juga sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#JPBM
#Mines Resort and Golf Club
#Norazam Khamis
#kelab golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan