MALAYSIA

Bomba tangkap buaya berukuran 1.2 meter masuk sekolah

Bernama 06/09/2025 | 09:00 MYT
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.15 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi kejadian. - Gambar/ Media sosial
SIMPANG RENGGAM: Seekor buaya berukuran kira-kira empat kaki berjaya ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas reptilia itu ditemui di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Rahman Andak pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.15 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

"Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati benar terdapat seekor buaya berada di dalam kawasan sekolah. Operasi menangkap buaya dijalankan menggunakan peralatan penjerut dan operasi ditamatkan pada 8.35 pagi," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden melibatkan mangsa dilaporkan.

-- BERNAMA



#buaya masuk sekolah #Johor #SMK Dato Rahman Andak #bomba