GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi lelaki Orang Asli berusia empat bulan dari Pos Bihai untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizzan Jefri berkata Rayyan March yang mengalami demam panas, batuk dan selesema sejak tiga hari lepas diiringi ibunya Lisa Awis, 32, menaiki pesawat jenis Mi-171.
"Pesawat berlepas dari Subang pada 1.20 tengah hari dan tiba di Balai Bomba Gua Musang pada 2.35 petang untuk mengambil dua jururawat berserta alat bantuan pernafasan sebelum meneruskan penerbangan ke Kampung Tendrik, Pos Bihai pada 2.45 petang.
"Bantuan oksigen diberikan kepada pesakit berikutan keadaannya yang lemah dan bernafas dengan laju sejurus anak kapal tiba di perkampungan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rizzan berkata operasi pemindahan dan penerbangan keluar dari perkampungan berkenaan ke Balai Bomba Gua Musang memakan masa 40 minit sebelum membawa mangsa menaiki ambulans ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Operasi melibatkan sembilan anak kapal ini tamat sepenuhnya pada 5.20 petang dengan tempoh penerbangan mengambil masa selama empat jam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Bayi terbabit yang mengalami demam panas, batuk dan selesema sejak tiga hari lepas diiringi ibunya menaiki pesawat jenis Mi-171. - Gambar hiasan/Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada helikopter terhempas seperti yang tular di media sosial
Tiada helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran kampung Orang Asli di Ulu Jelintoh, Gopeng sebagaimana yang tular di media sosial hari ini.
Pendaki Sabah cedera parah jatuh Gunung Mulu
Mangsa Tan Fung Chu, 35, mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang setelah terjatuh dari Kem 3 Gunung Mulu pukul 6 petang.