ISTIADAT PERNIKAHAN DIRAJA | Raja Muda Selangor bakal melangsungkan pernikahan pada 2 Oktober ini
MALAYSIA

Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar ibu kota

Bernama 22/09/2025 | 15:30 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima 16 panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima 16 panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Jurucakapnya memaklumkan panggilan diterima antara 3 petang hingga 7 malam antaranya melibatkan Jalan Tempanis 3, Jalan Maarof, Jalan Medang Kapas, Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, Jalan Cenderasari, Taman Rama-Rama dan Jalan Midah Tengah.

"Kejadian turut melibatkan beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang, namun situasi berjaya dikawal dan kerja pembersihan dilaksanakan segera di semua lokasi terjejas.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu memaklumkan JBPM Kuala Lumpur sedang menyalurkan bantuan ke lokasi terjejas bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

JBPM Kuala Lumpur juga berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA


#Pokok tumbang #hujan lebat #angin kencang #JPBM Kuala Lumpur