awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomoh didakwa cabul pesakit

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2023
07:39 MYT
Bomoh didakwa cabul pesakit
Zainal Che Omar, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.
Tertuduh, Zainal Che Omar, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa yang berusia 31 tahun ketika memberi rawatan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8 malam di sebuah kuarters kerajaan di daerah Kuala Nerus.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 oleh seorang penjamin dan menetapkan 5 Oktober depan bagi sebutan semula kes berkenaan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad sementara tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bomoh
#kes cabul
#Kuala Terengganu
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan