Bonus penjawat awam di semua negeri tidak akan dikenakan cukai - PM

Astro Awani
Januari 20, 2023 05:28 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya menjelaskan pengecualian cukai bagi bonus kakitangan awam di semua negeri adalah munasabah kerana jumlahnya tidak tinggi. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Pemberian bonus kepada kakitangan awam di semua negeri akan dikecualikan cukai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan dibuat atas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.
"Saya fikir munasabah kerana bonus itu tidak tinggi.
"Jadi oleh itu bonus akan dikecualikan daripada cukai dan ini terpakai kepada semua pernjawat awam di seluruh negeri," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Majlis Tindakan pelaksanaan MA63 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini.
[TERKINI] Sidang media pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63
Untuk rekod cadangan pengecualian cukai ini diusulkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan kedua-dua pemimpin ini semalam.
Jelas Anwar, walaupun ia dicadangkan untuk Sarawak tetapi keputusan itu terpakai untuk semua penjawat awam di negara ini.
#Anwar Ibrahim #Abang Johari Tun Openg #bonus #penjawat awam