awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bonus RM1,000 buat penjawat awam Kedah, kakitangan JKN dapat RM200

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/11/2020
05:06 MYT
Bonus RM1,000 buat penjawat awam Kedah, kakitangan JKN dapat RM200
Menurut Sanusi, bantuan kepada penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri yang akan diberikan pada bulan depan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta. - Gambar fail
ALOR SETAR:Kerajaan negeri Kedah akan menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu manakala petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah akan menerima sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM200.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini pada Ahad.
Menurutnya, bantuan kepada penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri yang akan diberikan pada bulan depan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta.
Tambah beliau, dalam menghadapi tempoh sukar tatkala penularan wabak COVID-19 khususnya di negeri Kedah, kerajaan negeri turut akan mengkreditkan sumbangan secara one-off ke akaun petugas JKN Kedah sebanyak RM200 pada akhir tahun ini.
Sumbangan itu, kata beliau, sebagai menghargai jasa, pengorbanan dan kerja keras petugas JKN terutama dalam memastikan kes-kes positif COVID-19 melalui pelbagai kluster yang ada dapat dikendalikan dengan baik sekali gus membawa negeri Jelapang Padi itu kembali kepada zon hijau.
"Untuk frontliner (jabatan) kesihatan (negeri Kedah), mereka telah bertungkus-lumus tanpa henti, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan, non-stop, saya tidak mengecilkan frontliners yang lain (seperti) Rela, tentera, polis, JKM, ramai lagi, tapi yang paling bertungkus-lumus, Jabatan Kesihatan Negeri, jadi kita menghargai sumbangan ini,” kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata, kebajikan kakitangan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri menerusi dasar-dasar yang diperkenalkan.
Katanya, pentadbiran beliau turut sentiasa mengalu-alukan rakyat negeri ini dari pelbagai kepakaran untuk turut menyumbang buah fikiran dan pandangan demi kemajuan dan kesejahteraan negeri.
Topic Berkaitan
#bonus
#penjawat awam
#negeri kedah
#petugas barisan hadapan
#Jabatan Kesihatan Negeri
#Belanjawan 2021
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan