awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang dibayar Disember

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/10/2020
06:24 MYT
Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang dibayar Disember
Chow Kon Yeow berkata, bayaran bonus kepada 4,009 penjawat awam negeri itu akan dibuat Disember ini.
GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk semua penjawat awam di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bayaran bonus kepada 4,009 penjawat awam negeri itu akan dibuat Disember ini.
Beliau berkata, pemberian bonus yang akan melibatkan jumlah keseluruhan RM5.5 juta itu diharap dapat meningkatkan semangat penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.
"Adalah diharapkan dengan Bantuan Khas Kewangan ini akan meningkatkan semangat penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang" katanya ketika membentangkan Bajet 2021 Negeri Pulau Pinang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Kon Yeow berkata, bonus RM300 juga akan diberikan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 kakitangan Sekolah Persendirian Cina.
Sementara pemberian RM200 pula diberikan kepada 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru Tadika Islam (Tadis0 Negeri Pulau Pinang setiap seorang.
Semua pembayaran yang melibatkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM898,900 yang akan dibayar pada Disember.
Topic Berkaitan
#bonus setengah bulan gaji
#pulau pinang
#penjawat awam
#bantuan khas kewangan
#Bajet 2021 Negeri Pulau Pinang
#Dewan Undangan Negeri
#Ketua Menteri
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan