awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/05/2022
11:04 MYT
Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Polis Marin menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di perairan Langkawi, hari ini.
LANGKAWI: Polis Marin menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di perairan Langkawi, hari ini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Langkawi Wilayah 1, Deputy Superintendan Sri Vikneswaran Renganathan berkata, pihaknya menerima laporan terdapat sebuah bot mencurigakan belayar memasuki sempadan perairan negara pada pukul 11.30 pagi.
Hasil daripada laporan berkenaan, pihaknya, kata Sri Vikneswaran, segera melakukan pemantauan dan mendapati terdapat sekumpulan pelarian berkenaan di dalam bot tersebut.
Siasatan menemukan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak berada dalam bot itu.
Menurut beliau, selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) polis marin menunda bot yang membawa pelarian itu ke Jeti Pangkalan Polis Mari Bukit Malut.
Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan berikutan penahanan itu termasuk destinasi kesemua pelarian berkenaan.
Siasatan awal mendapati, salah seorang daripada PATI itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Astro AWANI akan terus mendapatkan perkembangan mutakhir tahanan etnik Rohingya ini.
Topic Berkaitan
#pelarian Rohingya
#pati
#perairan Langkawi
#polis marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan