awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam, 10 pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Satang

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
02/10/2021
11:24 MYT
Bot karam, 10 pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Satang
Operasi mencari dan menyelamat turut diaktifkan JBPM Sarawak dengan dibantu beberapa agensi penguatkuasaan lain. - Foto ihsan JBPM Sarawak.
KUCHING: Sepuluh pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam kira-kira 20 batu nautika di perairan Barat Laut Pulau Satang, Kuching pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, setakat ini belum ada maklumat mengenai identiti mangsa yang terlibat.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 12.17 tengahari. Maklumat awal kejadian melibatkan sebuah bot karam dinaiki 10 orang pemancing mohon diselamatkan dipercayai lokasi di kedudukan perairan Barat Laut Pulau Satang dengan anggaran jarak 20 batu nautika,” katanya.
Bertindak atas makluman, pegawai dan anggota yang diketuai Komander Operasi, Latif Iring dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut melibatkan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Marin.
Bagaimanapun setakat ini operasi ditangguhkan berikutan keadaan cuaca gelap dan akan disambung semula jam 7 pagi esok.
Topic Berkaitan
#pemancing hilang
#bot karam
#Pulau Satang
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan