awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan laporkan kes keempat demam babi Afrika ketika virus menular ke seluruh negara
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam dilanggar, 2 nelayan ditemui selamat selepas 3 jam, 1 masih hilang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/06/2021
10:13 MYT
Bot karam dilanggar, 2 nelayan ditemui selamat selepas 3 jam, 1 masih hilang
Operasi SAR diaktifkan kira-kira jam 2 petang selepas Maritim Malaysia menerima maklumat itu. - Gambar fail
PARIT BUNTAR: Seorang nelayan hilang, manakala dua lagi dijumpai selamat selepas bot mereka karam dilanggar bot pukat tunda di kedudukan 25 batu nautika barat daya Kuala Kurau di sini, pada Jumaat.
Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku di perairan Larut, Matang dan Selama.
Menurutnya, dua mangsa diselamatkan oleh bot nelayan lain selepas tiga jam terapung.
"Seorang tekong dan awak-awak berusia 35 dan 21 tahun dapat diselamatkan manakala seorang lagi awak-awak yang hilang dikenali sebagai Mohd Syarif Hasyim, berusia 25 tahun.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan kira-kira jam 2 petang selepas Maritim Malaysia menerima maklumat itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, operasi turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dan komuniti nelayan.
Menurutnya, antara aset yang digunakan ialah Kapal Maritim Gagah, Kilat 9 dan helikopter Maritim Malaysia AS 365 N3, selain KD Mahameru milik TLDM dan sebuah bot PPM.
"Pencarian dibahagikan kepada empat sektor merangkumi keluasan 186.3 batu nautika. Sehingga kini operasi masih diteruskan," ujarnya.
Sementara itu, difahamkan bot pukat tunda yang melanggar bot mangsa dipercayai tidak menyedari kejadian itu disebabkan suasana gelap ketika itu.
Topic Berkaitan
#nelayan
#bot dilanggar
#terbalik
#bot pukat tunda
#nelayan hilang
#lemas
#tidak sedar
#gelap
#terapung tiga jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan