awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam ketika cuba meloloskan diri, 14 nelayan Vietnam ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/09/2020
03:01 MYT
Bot karam ketika cuba meloloskan diri, 14 nelayan Vietnam ditahan
MUHAMMAD SUFFI: Selepas kejar-mengejar berlaku kurang daripada sejam, bot tersebut berhenti secara tiba-tiba dan kita dapati bot yang cuba melarikan diri ini mempunyai hasil tangkapan dan pukat. -Gambar fail
Cubaan sebuah bot nelayan Vietnam untuk meloloskan diri daripada pihak berkuasa tidak berhasil selepas bot dinaiki mereka mengalami kebocoran sebelum karam.
Bot berkenaan dikesan pada kedudukan 94 batu nautika dari Kuala Terengganu pada Isnin lalu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot berkenaan dikesan melakukan aktiviti tunda ganding.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, nelayan terbabit segera memutuskan tali pukat sebelum melarikan diri ke arah sempadan perairan negara.
"Selepas kejar-mengejar berlaku kurang daripada sejam, bot tersebut berhenti secara tiba-tiba dan kita dapati bot yang cuba melarikan diri ini mempunyai hasil tangkapan dan pukat.
"Kru di atas bot tersebut seramai 14 orang, dan ia mengalami kebocoran.
"Kita berjaya menahan bot tersebut dan memindahkan semua awak-awak ke bot kita," kata Muhammad Suffi.
Muhammad Suffi berkata hasil pemeriksaan ke atas 14 nelayan asing berusia 21 hingga 52 tahun itu mendapati kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri yang sah.
Jelasnya, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lagi bot tidak menemukan sebarang hasil tangkapan laut.
Susulan penahanan itu, pihaknya berjaya merampas bot, diesel dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan berjumlah RM3 juta.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot karam
#bot nelayan Vietnam
#hasil tangkapan laut
#karam
#Kuala Terengganu
#Muhammad Suffi Mohd Ramli
#tali pukat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan