awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Operasi mencari 17 mangsa diteruskan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
17/12/2021
01:43 MYT
Bot karam: Operasi mencari 17 mangsa diteruskan
Anggota APM melakukan rondaan di kawasan berbatu sepanjang persisiran pantai bagi mengesan mangsa bot karam. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) masih meneruskan usaha bagi mengesan 17 mangsa lagi yang dipercayai masih hilang.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, sehingga jam 8 pagi pada Jumaat, tiada sebarang penemuan baharu ditemui.
"Penemuan lapan mayat pada hari kedua pagi semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang ditemui maut 19 orang, manakala 14 orang selamat.
"Operasi Carilamat pada hari ketiga, diperluaskan sehingga 214.8 batu nautika persegi meliputi Tanjung Balau hingga ke Tanjung Penawar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Simon, tiga pesawat udara digerakkan bagi pencarian udara pada hari ini.
Ia melibatkan helikopter AW139 dari APMM, sebuah helikopter dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis manakala sebuah helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
"Pencarian di laut akan melibatkan lima aset laut iaitu sebuah kapal APMM iaitu KM Tegas selaku ‘On Scene Coordinator’, sebuah bot TLDM dan dua aset PPM iaitu sebuah kapal dan sebuah bot.
"Pencarian di pesisir pantai diteruskan oleh agensi sahabat yang lain terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JBPM, PDRM dan juga APM.
"Jumlah keseluruhan anggota penyelamat di darat, udara dan laut adalah seramai 128 orang," katanya.
Topic Berkaitan
#bot karam
#mangsa
#APMM
#tanjung balau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan