awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM

Bernama
Bernama
06/02/2017
14:06 MYT
Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan. - Gambar fail
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata ini berdasarkan keputusan mesyuarat bersama agensi SAR terlibat yang diadakan pagi tadi.
Adam berkata cadangan bagi meneruskan operasi itu juga telah diajukan kepada ibu pejabat APMM di Putrajaya.
"Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan mengenai hala tuju operasi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
BACA: Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini
BACA: Sebutan semula kes pemilik bot pelancong karam 28 Feb
Adam berkata operasi yang masuk hari ke-10 itu telah membabitkan kawasan seluas 24,690 batu nautika persegi membabitkan kira-kira 450 anggota APMM, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sejak dilancarkan 28 Jan lepas.
Mengulas operasi hari ini, Adam berkata ia melibatkan kawasan seluas 2,000 batu nautika persegi serta 13 aset masing-masing 11 kapal dan bot serta dua pesawat.
Operasi pencarian masih melibatkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei, katanya.
Adam berkata persatuan nelayan di Kota Kinabalu, Kudat dan Labuan turut membantu operasi dengan memasang pukat tunda di kawasan sektor pencarian.
"Kira-kira 50 bot nelayan membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga membabitkan kira-kira 400 batu nautika persegi," katanya.
Menurut Adam, bantuan daripada nelayan tempatan amat diperlukan berikutan penemuan satu mayat wanita dalam keadaan reput tersangkut pada pukat tunda mereka pada Sabtu lalu dalam kawasan perairan berkenaan.
"Berdasarkan mayat yang reput itu, kebarangkalian mayat lain akan timbul agak sukar sebab itu kita bergantung kepada pukat tunda yang dipasang bot nelayan," katanya.
Adam juga berkata anggota pasukan SAR akan diberikan khidmat kaunseling oleh pakar daripada Hospital Queen Elizabeth.
Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#bot katamaran
#mayat
#Pelancong China
#Pulau Mengalum
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan