awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot kayu karam, 5 warga Indonesia selamat

Bernama
Bernama
02/01/2022
13:21 MYT
Bot kayu karam, 5 warga Indonesia selamat
Kesemua lelaki itu merupakan penjual besi buruk dan sedang membawa besi buruk dari Pulau Nipah, Indonesia ke Batam, sebelum bot kayu mereka bocor dan karam. - Gambar/ Sinar Harian
BATU PAHAT: Lima lelaki warganegara Indonesia diselamatkan tengah hari ini selepas bot kayu dinaiki mereka menuju ke Batam, Indonesia, karam di perairan Batu Pahat, awal pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kelima-lima mereka yang berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun ditemukan dalam sebuah rakit keselamatan di kedudukan 11.4 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, dekat sini, kira-kira 12.35 tengah hari tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai mangsa daripada sebuah kapal kargo yang sedang melalui Selat Melaka.
"Setibanya di lokasi, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran kawasan kejadian. Kesemua mereka juga dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan.
Menurut Nurul Hizam, kesemua lelaki itu merupakan penjual besi buruk dan sedang membawa besi buruk dari Pulau Nipah, Indonesia ke Batam, sebelum bot kayu mereka bocor dan karam.
Katanya, rakit keselamatan diberikan kepada mereka oleh sebuah kapal dagang sebagai bantuan awal kecemasan ketika melalui kawasan tersebut.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat bagi siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada pihak Kedutaan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#bot karam
#Johor
#kapal dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan