Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) mencadangkan semua bot nelayan yang beroperasi di kawasan perairan timur negeri ini supaya memasang Sistem Pengenalan Automatik (AIS).
Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Mentek berkata pemasangan sistem itu membolehkan bantuan segera diberikan jika sesebuah bot nelayan berhadapan dengan kejadian yang tidak diingini.
Katanya sistem itu yang dilengkapi butang kecemasan boleh digunakan untuk menghantar isyarat apabila berlaku kecemasan kepada kapal Tentera Laut, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang dilengkapi sistem radar.
Menurutnya Angkatan Tentera Bersama Dua berpangkalan di Tawau juga memiliki Pusat Operasi dilengkapi sistem radar.
Beliau berkata terdapat 18,662 bot nelayan berdaftar di tujuh daerah di bawah ESSCOM iaitu Sandakan dengan 5,687 bot diikuti Tawau (3,385), Beluran (2,764), Kudat (2,413), Semporna (2,457), Lahad Datu (1,094) dan Kunak (862).
"Penggunaan sistem itu juga membolehkan bot nelayan yang menjadi mangsa jenayah di laut atau terserempak dengan bot dalam keadaan mencurigakan, segera memaklumkan kepada pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Mesyuarat dengan Persatuan Nelayan dari tujuh daerah di sini hari ini.
Beliau berkata dengan adanya AIS membolehkan pasukan keselamatan mengesan lokasi, nama bot dan kelajuan sesebuah bot nelayan yang memerlukan bantuan.
Mohammad berkata pada perjumpaan dengan persatuan nelayan hari ini, wakil sebuah syarikat yang membekalkan AIS turut hadir memberi penerangan mengenai sistem itu.
"Di sinilah, peranan persatuan nelayan untuk memastikan cadangan itu dilaksanakan di kalangan ahlinya untuk keselamatan mereka di laut dan pada masa sama membantu pasukan keselamatan membanteras kegiatan jenayah," katanya.
Menurutnya beliau memberikan masa kepada persatuan nelayan dari tujuh daerah itu untuk memberikan maklum balas kepada ESSCOM berhubung cadangan itu dalam tempoh sebulan.
Beliau juga meminta agensi kerajaan yang berkaitan khususnya Jabatan Perikanan dan Lembaga Perikanan Ikan Malaysia mengenal pasti pendekatan sesuai untuk membantu cadangan pemasangan AIS di bot nelayan yang beroperasi di bawah ESSCOM.
Bernama
Fri Sep 20 2013
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
New York alami salji lebat lebih 1.5 meter
Wilayah ini telah menerima 30 hingga 91sm salji dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.
MBI keluarkan surat amaran kepada peniaga ais tanpa lesen
Isu peniaga ikan itu menjual ais tanpa lesen menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain.
Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.
Fenomena aneh hamparan 'ais telur' di pantai Finland
Risto Mattila tidak menyangka kunjungannya ke kawasan pantai bersama isteri memberikan pengalaman dan anugerah luar biasa yang tidak pernah dialaminya.
Jalan dipenuhi ais di Oklahoma, kemalangan jalan raya meningkat
Keadaan cuaca yang sejuk melampau menyebabkan pemanduan menjadi sukar dan memaksa sekolah di sekitar bandar itu ditutup.
'Ada ais di sayap pesawat bawa Emiliano Sala' - Pakar penerbangan
Pesawat yang membawa bintang bola sepak Emiliano Sala mungkin telah terhenti di atas udara dan jatuh ke laut akibat pembentukan ais yang berlaku di kipas sayap pesawat, kata pakar penerbangan.
Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka
Peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.
Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar - Kajian
Ais Artik yang sedang mencair kini sedang mencairkan permafrost di bawah bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia dan menggangu suhu.