awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbakar di Semporna: Mangsa melecur sehingga 30 peratus

Bernama
Bernama
02/08/2020
14:56 MYT
Bot terbakar di Semporna: Mangsa melecur sehingga 30 peratus
Tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba cedera dalam kejadian kebakaran sebuah bot di Dive Centre Floating. - Gambar hiasan
Seramai tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba cedera dalam kejadian kebakaran sebuah bot di Dive Centre Floating, di sini, semalam.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 pagi dan mangsa, empat pekerja warga tempatan dan tiga pendatang tanpa izin itu, berusia 18 hingga 36 tahun.
Beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang menjalankan kerja pemindahan petrol dari tangki minyak ke dalam bekas di dalam bot sebelum berlaku letupan kecil, dipercayai bercampur dengan air, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa melecur antara lima hingga 30 peratus pada beberapa anggota badan dan kini mendapat rawatan di Hospital Tawau," katanya hari ini.
Dalam pada itu, katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#kebakaran
#Pantai Timur
#pelancongan
#selam skuba
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan