KOTA TINGGI: Sektor pencarian hari keempat insiden bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau di sini, diperluaskan lagi hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, sektor pencarian udara hari ini diperluaskan 76.5 batu nautika persegi.
Pada masa sama, pencarian di laut diperluaskan 106.02 batu nautika persegi, bagi mencari baki 16 mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih hilang.
"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kawasan pencarian setakat ini seluas 182.5 batu nautika persegi meliputi Tanjung Balau hingga ke Sungai Rengit.
"Bagi pencarian udara ia melibatkan dua pesawat udara daripada Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Manakala bagi pencarian laut, empat aset laut daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) PDRM.
"Pencarian di pesisir pantai diteruskan oleh agensi sahabat. Jumlah keseluruhan anggota penyelamat di darat, udara dan laut adalah seramai 77 orang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Simon, sehingga jam 8 pagi ini, tiada penemuan mangsa baru direkodkan.
Semalam, terdapat satu mayat lelaki ditemui di Perairan Tanjung Punggai, manakala salah seorang daripada 14 mangsa yang selamat disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Ia menjadikan jumlah mangsa yang ditemui 34 iaitu 21 meninggal dunia, 13 selamat dan 16 lagi masih hilang.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Dec 18 2021

Kawasan pencarian diperluas sehingga 182.5 batu nautika persegi meliputi Tanjung Balau hingga ke Sungai Rengit. - Gambar hiasan

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umumkan inisiatif
Kerajaan Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia ini tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberikan hanyalah untuk meringankan beban sementara.

Cuti Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum walaupun kalender dengeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutusan, Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupam rakyat negeri itu.

Politik Sabah | Rakyat sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ini berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan Kerajaan Persekutuan sekarang ini.

Tangani Banjir | Terusan dibina di Bukit Assek
Sebuah terusan akan dibina bagi menangani isu banjir terutamanya di kawasan Bukit Assek, Sibu. Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, cadangan membina terusan itu telah pun diusulkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan bandar tersebut, dan akan dilaksanakan dalam tidak lama lagi. Langkah itu juga mampu menjadi tarikan pelancongan baharu di Sibu Mirip Kota Amsterdam, Belanda.

Rundingan GRS | Serahkan sepenuhnya kepada BN Sabah
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada BN sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun sebarang runding perlu dibuat berhati-hati.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Ikuti infografik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Indeks Harga Pengguna (IHP) 2021.

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Banjir: Warga emas berdepan detik cemas bot penyelamat terbalik
Situasi itu adalah yang terburuk sepanjang tempoh 30 tahun dia menetap di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu.

Setengah jam berpaut pada bot
Abd Mutalib Abd Rahman terselamat selepas berpaut pada bot yang terbalik.

Pelanggaran bot: Kerajaan Terengganu mahu siasatan terperinci
Ariffin berkata, isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Banjir: Bot bawa bantuan terbalik di Sungai Tembeling, 3 anggota APM selamat
Perjalanan mereka berdepan kesukaran apabila bot menghala ke arah hulu sungai itu terpaksa meredah arus deras.

Bot terbalik: Sektor pencarian diperluaskan lagi hari keempat SAR
Sektor pencarian udara diperluas 76.5 batu nautika persegi, manakala pencarian di laut diperluas 106.02 batu nautika persegi.

'Arwah minat memancing, pantang diajak'
Sebelum kejadian, arwah Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38, tidak memberitahu mahu keluar memancing dan hanya mendiamkan diri pada pagi itu.

Pemancing maut selepas bot dinaiki bersama rakan terbalik
Keterujaan lima sahabat untuk memancing di laut bertukar tragedi apabila bot mereka naiki terbalik.

Bot terbalik, nelayan terselamat selepas lima jam terapung di laut
Seorang nelayan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung selama kira-kira lima jam akibat bot dinaiki terbalik dipukul ombak.

Bot terbalik: Mayat remaja ditemui penduduk kampung
Mayat seorang remaja perempuan yang hilang selepas terjatuh daripada sebuah bot terbalik ditemui di perairan Kampung Semawang, di Sandakan, telah ditemui.

Bekas jurugambar hilang di laut ditemui selamat
Mangsa ditemui berada di atas botnya yang terbalik ketika diselamatkan rakannya kira-kira jam 4 pagi.