awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terdampar di Tanjung Langsat, tiga pekerja asing ditemukan lemas

Bernama
Bernama
26/02/2025
03:15 MYT
Bot terdampar di Tanjung Langsat, tiga pekerja asing ditemukan lemas
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di sekitar kawasan Kebayan Tanjung Langsat dan jeti berdekatan. Foto Facebook/JBPM
JOHOR BAHRU: Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata insiden itu mula disedari apabila tiga pekerja sebuah syarikat dari Felda Semenchu, Kota Tinggi itu dikatakan tidak pulang selepas menaiki bot fiberglass menuju ke Bandar Masai di sini kira-kira 11.18 malam pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau berkata kehilangan mereka disedari selepas bot itu ditemukan tersadai di pantai berkenaan oleh nelayan tempatan yang kemudian membuat laporan polis.
"Singapore Police Coast Guard (SPCG) pula mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki warga Nepal dikenali sebagai Suklal di perairan Changi, Singapura pada 12.19 tengah malam, Selasa.
"Susulan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.53 pagi semalam sebelum menghantar Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Sarhan Akmal berkata operasi mencari dan menyelamat dilakukan di sekitar kawasan Kebayan Tanjung Langsat dan jeti berdekatan.
"Mayat lelaki warga Nepal Ghalam Ram Bahadur dijumpai oleh SPCG di Pulau Tekong, Singapura pada 11 pagi manakala lelaki warga Indonesia Aprisius Bria Nahak pula ditemukan oleh Polis Bantuan Tanjung Langsat Port, kira-kira 50 meter dari Jeti Port Park Tanjung Langsat pada 3.34 petang semalam," katanya.
Beliau berkata operasi yang melibatkan 14 anggota bomba, lima anggota Polis Diraja Malaysia dan PDRM dan dua Polis Bantuan Tanjung Langsat Port itu ditamatkan pada 5.24 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terdampar
#pekerja asing
#lemas
#Pantai Tanjung Langsat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan