awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BP3.0 akan pertimbang kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
13/07/2022
11:12 MYT
BP3.0 akan pertimbang kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan majlis pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) akan mempertimbangkan kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan seperti ‘bina-pajak-senggara-pindah’ (BLMT) atau land swap (pertukaran tanah).
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bagi mengimbangi bebanan kewangan yang perlu ditanggung bagi memastikan perlaksanaan BP3.0 dalam menyiapkan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula 2023 hingga 2030 terlaksana.
"BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang Kementerian Pertahanan yang menitikberatkan kebajikan warganya, perancangannya cukup besar dan meluas yang bukan sahaja menuntut komitmen dan kesungguhan yang tinggi, malah memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terbabit.
"Matlamatnya adalah untuk memastikan lebih banyak RKMAT dibina dan diselenggara, lebih banyak rumah mampu milik dibina, dan lebih ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi rumah baharu dan ditambah baik kediaman mereka yang sedia ada," katanya ketika merasmikan BP3.0 Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
[ LANGSUNG ] Pelancaran Dokumen Blueprint Perumahan 3.0
Jelas beliau lagi, lima projek perumahan RKMAT yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), membuktikan kerajaan komited menjadikan Agenda Perumahan Kementerian Pertahanan sebagai keutamaan dalam perancangan pembangunan negara.
Katanya sejak 1 Jan lepas lima projek RKMAT yang melibatkan 672 unit pelbagai kelas telah disiapkan iaitu RKMAT Kem Segamat di Johor, RKMAT Kem Oran di Perlis serta RKMAT Kem Pakit dan Kem Sri Miri, Sarawak manakala RKMAT Kem Tok Jalai di Kedah akan diduduki dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#ismail sabri yaakob
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan