MALAYSIA
Brek tidak berfungsi punca bas kilang terbabas di Bangi
Kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Putra Kajang menghala ke Kawasan Perindustrian Bangi. - Foto JBPM Selangor
KAJANG: Brek tidak berfungsi dipercayai menjadi punca sebuah bas kilang yang membawa 46 pekerja warga Nepal terbabas dan terbalik di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Bandar Baru Bangi, di sini pada Khamis.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku, ketika mereka dalam perjalanan dari Putra Kajang menghala ke Kawasan Perindustrian Bangi.
Menurutnya, ketika pemandu cuba memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang, dia mendapati brek tidak berfungsi.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu hilang kawalan yang mengakibatkan bas terbabas dan terbalik di selekoh berhampiran persimpangan jalan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Naazron memberitahu, akibatnya, seorang penumpang mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang manakala penumpang lain mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa kata beliau berusia 20-an hingga 40 tahun dan merupakan pekerja sebuah kilang di Bandar Baru Bangi, di sini.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda RM5,000 hingga RM10,000 selain boleh dipenjara maksimum 12 bulan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ringkasan AI
- Punca kemalangan: Bas kilang yang membawa 46 pekerja warga Nepal terbabas dan terbalik selepas pemandu mendapati brek tidak berfungsi, menyebabkan kehilangan kawalan.
- Kecederaan mangsa: Seorang penumpang mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, manakala 33 mangsa mengalami kecederaan ringan.
- Siasatan dan tindakan lanjut: Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan jika sabit kesalahan.