[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
KINI-TRENDING

Brendan Rodgers menyerah kalah?

Ian Johan Ariff 05/11/2014 | 13:04 MYT
Gambar fail - Brendan Rodgers
Peminat Liverpool dan pengulas sukan rata-rata mempertikai pemilihan pemain Liverpool menentang Real Madrid yang dibuat pengurusnya Brendan Rodgers, awal pagi tadi.
Ramai yang menganggap Rodgers sudah mengaku kalah dalam kejohanan peringkat Eropah itu selepas mencatat hanya satu kemenangan sahaja dalam tiga perlawanan.
Tweet yang paling popular adalah daripada bekas pemain England, Gary Lineker.
Lineker menyifatkan tindakan Rodgers merehatkan lima tonggak sebagai mengaku kalah sebelum bermain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara yang sama disuarakan pengulas sukan Sepanyol, Michael Robinson.
Lineker menambah, membariskan skuad yang dianggap lemah dalam kejohanan terkemuka Eropah menentang juara bertahan tidak sepadan dengan reputasi Liverpool.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah Lineker akan berasa sangat terkejut jika dia merupakan salah seorang bintang Liverpool yang direhatkan menentang juara Eropah.
Keputusan itu turut mendapat reaksi isteri kepada pertahanan utama Liverpool, Dejan Lovren, Anita yang turun ke stadium.
Anita terkejut dengan pemilihan skuad dengan berkongsi gambar anaknya yang hairan bapanya tidak bermain.
Instagram Anita Lovren
Rodgers bagaimanapun mempertahankan pemilihannya dan ia tiada kaitan dengan menyerah kalah atau memastikan pemainnya cergas menentang pendahulu liga, Chelsea hujung minggu ini.
Dalam perlawanan pada Selasa, Liverpool tumpas 1-0 kepada Real.
#Brendan Rodgers #Liverpool #Real Madrid