awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brexit: Britain akan terus fokus kukuhkan hubungan dengan Malaysia

Bernama
Bernama
24/06/2016
14:09 MYT
Brexit: Britain akan terus fokus kukuhkan hubungan dengan Malaysia
TREADELL: Kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. United Kingdom (UK) dan Malaysia adalah rakan kongsi penting dan ini tidak berubah
Suruhanjaya Tinggi Britain di sini akan terus memberi tumpuan kepada mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia untuk kepentingan kedua-dua negara.
"Kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. United Kingdom (UK) dan Malaysia adalah rakan kongsi penting dan ini tidak berubah," kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berikutan keputusan pungutan suara UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit pada Khamis.
"Ini adalah keputusan bersejarah oleh rakyat Britain, mereka telah membuat pilihan untuk meninggalkan EU. "Kerajaan UK akan berusaha ke arah melaksanakan kemahuan rakyatnya dan memulakan proses rasmi dan mengikut undang-undang untuk keluar EU," kata Treadell.
Beliau menambah, asas ekonomi UK adalah kukuh dan kekal sebagai ekonomi kelima terbesar dunia, anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta anggota Kumpulan Tujuh (G7), G20 dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Treadell berkata, UK akan terus menjadi satu-satunya anggota kumpulan terbabit yang membelanjakan dua peratus keluaran dalam negara kasar ke atas pertahanan dan keselamatan dan 0.7 peratus bagi membantu pihak lain melalui program bantuan pembangunan global.
"Ini adalah tempat UK di dunia," tambah beliau.
Pungutan suara itu, yang bertindak sebagai nasihat kepada kerajaan Britain, akan melalui dua tahun rundingan bagi memuktamadkan 'perpisahan' daripada blok ekonomi berkenaan, yang menjana kira-kira €13.920 trilion keluaran dalam negara kasar pada 2014.
Sementara itu, Najib dalam satu kenyataan bagi mengulas mengenai pungutan suara itu berkata, beliau yakin hubungan Malaysia-UK akan terus kekal dan diperkukuh.
Topic Berkaitan
#Brexit
#hubungan UK dengan Malaysia
#Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia
#UK
#Vicki Treadell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan