MALAYSIA
BRICS: Malaysia tekankan kepentingan multilateralisme, tadbir urus AI
Anwar menyifatkan, institusi antarabangsa kini semakin goyah, manakala perdagangan dan teknologi dunia semakin dipengaruhi oleh politik serta keselamatan sekali gus menyebabkan peraturan global yang sedia ada kian terpinggir. - Gambar Pejabat PM
RIO DE JANEIRO: Malaysia menegaskan, multilateralisme merupakan tonggak utama kepada kestabilan global, kemakmuran bersama dan maruah kedaulatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut menjadi asas penting ketika dunia berdepan tekanan geopolitik dan perubahan ekonomi yang pesat.
Berucap pada sesi intervensi Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-17, Anwar menyifatkan, institusi antarabangsa kini semakin goyah, manakala perdagangan dan teknologi dunia semakin dipengaruhi oleh politik serta keselamatan sekali gus menyebabkan peraturan global yang sedia ada kian terpinggir.
“Multilateralisme perlu memberi hasil nyata dan responsif terhadap dunia yang semakin berpecah-belah. Ia tidak boleh sekadar menjulang nilai-nilai sejagat, tetapi perlu bersifat inklusif dan adaptif,” katanya ketika menyampaikan intervensi tersebut pada Ahad.
Malaysia menghadiri persidangan berkenaan sebagai Negara Rakan BRICS atas jemputan Brazil selaku Pengerusi BRICS tahun ini.
Anwar berkata, dalam menghadapi perpecahan ekonomi global, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 sedang menggerakkan strategi berasaskan kepelbagaian dan ketahanan serta memperkukuh keupayaan rantau itu untuk bertindak secara bebas.
Tema ASEAN tahun ini, “Keterangkuman dan Kelestarian” menurutnya, sejajar dengan komitmen BRICS terhadap sistem perdagangan global yang berasaskan peraturan dan adil untuk semua.
Mengulas tentang perkembangan teknologi, beliau berkata, dunia sedang menyaksikan peralihan besar dalam bentuk perpecahan ekosistem teknologi akibat sekatan eksport, kawalan keselamatan dan piawaian yang berbeza mengikut blok geopolitik.
“Teknologi yang dahulu dianggap ruang bersama inovasi global kini semakin terpecah mengikut garis geopolitik, mencetuskan cabaran terhadap akses modal, infrastruktur dan rantaian nilai global, khususnya bagi negara membangun,” katanya.
Sehubungan itu, Malaysia menyambut baik penyataan BRICS mengenai tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan menyatakan sokongan terhadap pendekatan AI yang berpaksikan pembangunan, etika dan maruah insan.
Anwar berkata, Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan 2021-2025 dan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara menegaskan prinsip tersebut dan kini sedang menerajui usaha menubuhkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN sebagai langkah memperkukuh kapasiti dan kerangka serantau dalam teknologi tersebut.
Selain itu, beliau turut menekankan potensi ekonomi digital ASEAN yang dijangka mampu mencecah nilai AS$2 trilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN.
“Malaysia bersedia bekerjasama dengan BRICS dan rakan lain ke arah mewujudkan ekonomi global yang lebih adil, masa depan digital yang lebih tersusun dan multilateralisme yang benar-benar membawa manfaat kepada semua,” katanya.