awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital

Bernama
Bernama
19/08/2023
04:26 MYT
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Laporan polis menunjukkan Letby menyuntik bayi dengan udara dan susu berlebihan selain meracuni mereka dengan insulin. - Gambar hiasan
LONDON: Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England, kata polis pada Jumaat.
Susulan siasatan selama dua tahun, Polis Cheshire menahan jururawat berusia 33 tahun itu pada Julai 2018 di rumahnya dan pada awalnya membebaskannya dengan ikat jamin. Beliau ditangkap tiga kali lagi pada tahun-tahun berikutnya sebelum didakwa pada November 2020.
Siasatan bermula apabila terdapat peningkatan kejadian bayi hampir maut dan kematian bayi pramatang yang tidak dapat dijelaskan di hospital tempat wanita itu bekerja sebagai jururawat dari Jun 2015 hingga Jun 2016, lapor Agensi Anadolu.
Laporan polis menunjukkan Letby menyuntik bayi dengan udara dan susu berlebihan selain meracuni mereka dengan insulin.
Selepas perbicaran yang bermula pada Oktober 2022, beliau disabitkan bersalah membunuh tujuh bayi dan cuba membunuh enam bayi lain. Hakim kes itu turut mengeluarkan sekatan pelaporan sehingga perbicaraan selesai.
Pegawai penyiasat kanan Paul Hughes berkata: "Ini adalah siasatan tidak seperti yang lain - dalam skop, kerumitan dan magnitud. Kami terpaksa mengendalikannya sebagai 17 penyiasatan berasingan - kami biasanya terbiasa mengendalikan satu penyiasatan pembunuhan atau percubaan pembunuhan pada satu masa, apalagi sesuatu yang sebesar ini."
"Hari ini, keadilan telah ditegakkan. Tetapi keadilan ini tidak akan menghapuskan rasa sakit, kemarahan, dan kesusahan yang kami semua terpaksa alami," kata penyelaras perhubungan keluarga, Janet Moore semasa membacakan kenyataan bagi pihak keluarga mangsa di luar Mahkamah Crown Manchester.
Sementara itu, sebagai pembunuh bersiri kanak-kanak paling prolifik di Britain, Letby akan dijatuhi hukuman di mahkamah yang sama pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat
#bunuh bayi
#Lucy Letby
#Countess of Chester Hospital
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan