awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini

Bernama
Bernama
05/03/2024
15:30 MYT
British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini
British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini, sekali gus membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu bagi memperluas rangkaiannya ke Asia dalam tempoh pasca pandemik. - Gambar fail/EPA
KUALA LUMPUR: British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini, sekali gus membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu bagi memperluas rangkaiannya ke Asia dalam tempoh pasca pandemik.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan lapangan terbang London Heathrow akan menggunakan pesawat jenis Boeing B787-9.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif pemodenan di bawah pelan transformasi British Airways bernilai GBP7 bilion (1 pound = RM6.00) bagi tempoh dua tahun akan datang, termasuk laman sesawang baharu, mesej dalam pesawat secara percuma serta tempat duduk baharu bagi penerbangaan jarak dekat, kata syarikat itu.
Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd menerusi laman Instagram, berkata kali terakhir pesawat British Airways singgah di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) adalah pada 2020.
Dalam pada itu, bercakap kepada Bernama, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry menyifatkan langkah British Airways menyambung semula penerbangan terus yang menghubungkan London dan Kuala Lumpur sebagai memaparkan peningkatan rangkaian antara United Kingdom (UK) dan Malaysia.
"Ini termasuk kira-kira GBP6 bilion dalam bentuk perdagangan dua hala kedua-dua negara serta potensi pertumbuhan besar apabila UK melengkapkan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada akhir tahun ini," katanya.
Malah, Terry menyifatkan penerbangan terus itu akan turut meningkatkan aspek kesalinghubungan yang pastinya disambut baik oleh kalangan penuntut, profesional dan pelancong.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, British Airways dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#British Airways
#laluan ke Kuala Lumpur
#November
#Boeing B787-9
#london heathrow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan