awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSN galakkan orang ramai menyimpan untuk masa depan

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
03/07/2021
03:23 MYT
BSN galakkan orang ramai menyimpan untuk masa depan
Acara cabutan nombor benih untuk BSN SSP Jun 2021 yang berlangsung pada Sabtu. - BSN Malaysia
KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menawarkan ganjaran menarik bernilai lebih RM30 juta kepada lebih 19,000 pemenang melalui Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
“Setakat bulan Jun, tujuh orang penyimpan BSN SSP kami telah membawa pulangan hadiah RM1 juta melalui Cabutan Istimewa BSN SSP termasuk dua orang pemenang bagi bulan ini yang baru sahaja kami umumkan. Kesemua pemenang ini berusia seawal 17 tahun sehingga 81 tahun.
“Kini berbaki tujuh pemenang lagi yang kami tunggu untuk diraikan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP sehingga hujung tahun ini,” kata Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid.
Dalam pada itu, beliau menambah, pemenang bagi Cabutan Kesetiaan turut diumumkan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.
“Pemenang bagi Cabutan Kesetiaan akan membawa pulang BSN SSP bernilai RM30,000 (kategori emas) dan Cabutan Penyimpan Baharu yang mana tiga orang penyimpan membawa pulang RM50,000 setiap seorang.
“Ada juga hadiah iPhone, MacBook Air, iPad Air dan banyak lagi ganjaran yang telah dimenangi oleh para pemenang BSN SSP bagi bulan Jun ini,” katanya.
FOTO BSN Malaysia
FOTO BSN Malaysia
Sementara itu, BSN SSP turut memberikan kelebihan ‘3 dalam 1’ termasuk dengan menawarkan kadar keuntungan yang tinggi melalui simpanan BSN SSP Special Edition (BSN SSP SE).
“Skim ini menawarkan simpanan, mendapat kadar keuntungan yang tinggi sehingga 1.9 peratus dan peluang memenangi RM1 juta,” ujarnya.
Setakat 21 Jun ini, jumlah penyimpan BSN SSP adalah melebihi empat juta dengan simpanan melebihi RM4.2 bilion serta lebih 50,000 penyimpan baharu BSN SSP bagi enam bulan pertama tahun ini.
BSN SSP 2021 | Galakkan orang ramai menyimpan demi masa depan
Topic Berkaitan
#BSN SSP
#Bank Simpanan Nasional
#Sijil Simpanan Premium
#jutawan BSN
#Jutawan
#BSN SSP Special Edition
#BSN SSP SE
#iPhone
#iPad
#MacBook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan