awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSN SSP terus komited lahirkan lebih ramai penyimpan jutawan

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
22/07/2022
03:42 MYT
BSN SSP terus komited lahirkan lebih ramai penyimpan jutawan
Simpanan boleh dibuat melalui mana-mana Cawangan BSN berhampiran anda. - Foto BSN
KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM26 juta kepada lebih 16,000 pemenang melalui Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).
Ketua Pegawai Perniagaannya, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, sebanyak tujuh kategori cabutan diperkenalkan tahun ini yang akan memberi peluang kepada lebih ramai penyimpan untuk menang.
“Tujuh kategori cabutan diperkenalkan, antaranya memberi peluang kepada penyimpan bertuah menjadi jutawan, mendapatkan kereta mewah idaman atau memiliki barangan mewah dari Valiram Group.
“Selain menang hadiah lumayan, anda juga boleh memaksimumkan simpanan melalui BSN SSP Edisi Khas yang menawarkan kadar keuntungan sehingga 2.15 peratus setahun,” katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Foto BSN
Foto BSN
Mengulas lanjut, beliau menambah, simpanan boleh dibuat melalui mana-mana Cawangan BSN berhampiran dan menambah simpanan dari semasa ke semasa menerusi pelbagai saluran perbankan disediakan BSN.
“Untuk bulan ini bagi cabutan jutawan BSN SSP ke-78, kami mengadakan aktiviti di Setia City Mall, Selangor pada 5 hingga 7 Ogos ini.
“Jadi, hadirlah untuk menyaksikan proses cabutan yang akan melahirkan jutawan seterusnya. BSN SSP menjadikan fantasi anda realiti.
“Simpan dalam BSN SSP, akaun simpanan yang memberi anda peluang menjadi jutawan,” ujarnya.
Untuk rekod setakat Jun 2022, BSN telah melahirkan 77 juta jutawan dan terbaharu dimenangi oleh penyimpan berusia 40 tahun dari Kedah.
Topic Berkaitan
#Bank Simpanan Nasional
#BSN SSP
#jutawan BSN
#cabutan BSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan