Buang bayi dalam tong sampah, pelajar kolej ditahan

Bernama
April 11, 2017 10:11 MYT
Bayi perempuan yang sudah mati itu ditemukan seorang pencuci bangunan di apartmen tersebut di dalam sebuah kotak kira-kira 10 pagi tadi.
Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Samajaya dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih bangunan di situ terkejut melihat mayat bayi tersebut yang disumbat di dalam sebuah kotak berwarna merah.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar berkata seorang penuntut kolej berasal dari Belaga berusia 24 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Samajaya tengah hari tadi.
Menurutnya, suspek merupakan pelajar diploma tahun tiga kolej berdekatan dan siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan jam 6.30 pagi tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
#Apartmen Samajaya #buang bayi #pelajar kolej #pelajar perempuan