MALAYSIA
Buang bayi di bahu jalan, remaja lelaki 17 tahun direman dua hari bantu siasatan
Bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam di Lorong Cempaka Indah 39, Taman Cempaka Indah, jam 9.55 pagi. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Sepasang kekasih ditahan selepas dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di bahu jalan di Bukit Selambau, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam di Lorong Cempaka Indah 39, Taman Cempaka Indah, jam 9.55 pagi.
“Menurut saksi, dia terdengar tangisan bayi sebelum ketika sedang menjemur pakaian dan terus mendekati menemui bayi itu dalam keadaan tidak berpakaian dan terbaring di atas tanah berbatu di bahu jalan.
“Dia kemudian meminta tolong jiran lain membawa bayi itu ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Hayan berkata, bayi terbabit kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan dalam keadaan sihat, hanya mengalami calar pada mata dan badan sebelah kanan.
Katanya, hasil siasatan juga menemukan kesan titisan darah di sekitar lokasi kejadian.
Susulan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan.
Manakala teman wanitanya yang berusia 19 tahun belum ditahan kerana masih menerima rawatan di hospital selepas melahirkan bayi tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.