NATIONAL
Buaya sesat dalam longkang berhampiran pasar raya

Buaya yang berjaya ditangkap di dalam parit oleh sepasukan bomba dari BBP Sandakan. -Sinar Harian
SANDAKAN: Seorang pekerja pembersihan terkejut selepas terlihat seekor buaya dipercayai tersesat dan masuk ke dalam longkang di kawasan Jalan Seguntur, berhampiran sebuah pasar raya di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila terlihat seekor buaya di dalam longkang di Jalan Seguntur, berhampiran sebuah pasar raya.
- Pasukan bomba dari BBP Sandakan berjaya menangkap buaya sepanjang dua meter tersebut menggunakan peralatan khas.
- Buaya itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut selepas operasi tamat.
Katanya, seramai sembilan anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Sandakan.
"Sebaik tiba, terdapat seekor buaya sepanjang dua meter berada di dalam longkang tersebut yang ditemui seorang lelaki di kawasan tersebut.
"Usaha menangkap buaya tersebut dilakukan menggunakan peralatan khas seperti tali dan alat penjerut, yang turut mengambil masa selama 46 minit," katanya.
Tambah Severinus lagi, buaya tersebut akhirnya berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjut.
"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.07 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami