KUALA LUMPUR: Gesaan agar Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibubarkan dilihat sebagai satu tindakan yang merugikan dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara pasca COVID-19.
Ahli MPN Datuk Hartini Zainuddin berkata selama ini MPN berjaya memainkan peranannya dengan menyediakan cadangan serta bertindak sebagai pelengkap dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan.
"KPI (petunjuk prestasi utama) MPN adalah untuk memastikan kami melakukan yang terbaik dalam melengkapkan inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan. Semua orang mempunyai peranan yang dilaksanakan dan semua orang berkerja untuk memastikan kita pulih lebih cepat.
"Perkara yang telah kami lakukan ialah membuat cadangan bila sempadan perlu dibuka, kami melihat kepentingan aspek pelancongan, ekonomi dan banyak perkara lain. Kami membahagikan tumpuan kepada teras utama dalam ekonomi, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya pada sidang media semalam.
Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa MPN dibubarkan berikutan fungsinya yang tidak jelas dan tidak perlu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata gesaan itu antara lain dibuat berikutan MPN dikatakan bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.
Hartini berkata usaha untuk memulihkan negara pasca COVID-19 dijangka mengambil masa selama 10 tahun dan ia akan menjadi sukar sekiranya usaha itu hanya dilaksanakan oleh satu pihak sama ada parti politik, sektor mahupun organisasi.
Mengulas mengenai kebajikan rakyat Malaysia, beliau yang juga aktivis kanak-kanak dan pengasas bersama Yayasan Chow Kit berkata perkara itu perlu diberi tumpuan khususnya apabila ramai individu kategori B40 yang terkesan akibat inflasi dan pandemik kini tergolong dalam kategori B60.
"Berikutan syor Mesyuarat MPN pada 2021, Yayasan Hasanah menjalankan kolaborasi bersama Yayasan Chow Kit bagi memberi bantuan kecemasan (makanan) kepada mereka yang memerlukan dengan bantuan empat agensi bukan kerajaan (NGO) antaranya Bulat Sabit Merah Malaysia dan Yayasan Sejahtera.
"Setakat ini, kami sudah beri 7,600 isi rumah bekalan makanan pada fasa 1 dan pada penghujung Oktober terdapat 8,000 lagi isi rumah dalam fasa 2. Jadi kira-kira 15,000 isi rumah yang kita sudah beri makanan berdasarkan peruntukan kita terima, namun ia masih belum mencukupi," katanya.
Hartini berkata beliau akan membentangkan mengenai cadangan lanjutan bagi memperkasakan inisiatif keselamatan sosial dan kebajikan golongan rentan pada mesyuarat MPN yang dijangka diadakan bulan ini.
Selain itu, beliau berkata sesi pembentangan itu juga akan memberi fokus kepada cadangan pemberian bantuan makanan, perlindungan kepada kanak-kanak dan keselamatan mental yang dilihat penting pada fasa peralihan ke endemik pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Datuk Hartini Zainuddin berkata selama ini MPN berjaya memainkan peranannya dengan menyediakan cadangan serta bertindak sebagai pelengkap dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan. - Foto Facebook/Hartini Zainudin
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.
MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul
DDI yang menumpukan kepada sektor ekonomi yang membawa kepada pembangunan negara perlu diselaraskan dengan GLIC.
PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.
Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM
Rata-rata golongan sasar termasuk golongan ibu tunggal menyambut baik terhadap cadangan MPN dalam pembangunan sistem bersepadu selaras peningkatan insentif sebanyak RM1,000 setiap bulan melalui JKM.
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin
Kerajaan perlu bertindak pantas menyelesaikan isu perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, kata Muhyiddin Yassin.
Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal
Kerajaan perlu lebih fokus dan mengutamakan usaha dalam meningkatkan kemampanan sektor kritikal khususnya bagi mendepani cabaran krisis ekonomi global.
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).