Budak 10 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar di Ampang

Astro Awani
Julai 21, 2016 15:27 MYT
Mohd Kamal (gambar) dikatakan bermain bersama beberapa rakannya sebelum dihanyut arus deras longkang berhampiran. -Bernama
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras berhampiran Sekolah Kebangsaan Agama Tasik Tambahan dekat sini pada petang Khamis.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Mohd Kamal Hamdan, seorang anak yatim, dikatakan bermain di tepi longkang bersama beberapa rakannya.
Laporan awal menyebut bahawa Mohd Kamal kemudian dilihat orang awam dihanyutkan arus deras di dalam longkang tersebut.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dan Sungai Besi.
#anak yatim #bermain tepi longkang #hanyut arus deras #lemas #Mohd Kamal Hamdan #Sekolah Kebangsaan Agama Tasik Tambahan