awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 4 tahun tersangkut dalam mesin pengering pakaian

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/04/2022
01:44 MYT
Budak 4 tahun tersangkut dalam mesin pengering pakaian
Mangsa tersangkut dari kaki hingga ke pinggang di bahagian pengering pakaian mesin basuh separa automatik. -Astro AWANI
DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut dalam mesin pengering pakaian ketika cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin itu.
Dalam kejadian di Jalan Beril, Kuala Paka pada Isnin, mangsa yang berusia 4 tahun tersangkut dari kaki hingga ke pinggang di bahagian pengering pakaian mesin basuh separa automatik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab berkata sepasukan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam.
Menurut Mohd Aidil Khairim, bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab
#budak tersangkut dalam mesin pengering pakaian
#mesin basuh separa automatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan