awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 8 tahun gigit ular tedung hingga mati

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2022
01:30 MYT
Budak 8 tahun gigit ular tedung hingga mati
Seorang budak lelaki di India berjaya membunuh seekor ular tedung dengan cara menggigit haiwan itu. -Wikipedia
NEW DELHI: Seorang budak lelaki India berusia lapan tahun berjaya membunuh seekor ular tedung dengan menggigit haiwan itu baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan terpencil Pandarpadh di wilayah Chhattisgarh tengah India.
Pada mulanya, budak itu yang hanya dikenali sebagai Deepak diserang ular tersebut yang melilit lengannya.
Ular tedung itu melilit lengan Deepak ketika dia bermain di luar rumah keluarganya.
Dia menggoyangkan lengannya tetapi tidak dapat melepaskan reptilia itu.
Pada ketika itu, Deepak memutuskan untuk membenamkan giginya sendiri ke dalam badan ular tersebut sebanyak dua kali sehingga berjaya membunuh haiwan berkenaan.
Bagaimanapun, ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut menggigitnya.
Ibu bapa Deepak kemudian bergegas ke pusat perubatan berhampiran dan anak mereka diletakkan dalam pemerhatian untuk memastikannya pulih dengan baik.
Pemeriksaan terhadap kecederaannya mendapati Deepak mengalami gigitan kering yang bermakna ular tedung itu tidak mengeluarkan sebarang racun ke dalam tubuhnya.
Kawasan Deepak bergelut dengan ular tedung itu terkenal dengan aktiviti reptilia tersebut. –Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#ular tedung
#Deepak
#budak gigit ular
#Pandarpadh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan