awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak keluar kepala di 'sunroof', polis cari pemandu X70

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2023
03:20 MYT
Budak keluar kepala di 'sunroof', polis cari pemandu X70
Rakaman video tular memaparkan pemandu Proton X70 membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof'. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung tembus cahaya (sunroof) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @nabilahroslan pada jam 12.15 tengah malam.
"Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohamad Fakhrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
"Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, pemilik atau pemandu kenderaan berkenaan dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Proton X70
#kanak-kanak keluar kepala di 'sunroof'
#NKVE
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan