Budak lemas ketika memancing meninggal dunia

Sinar Harian
Februari 14, 2023 22:00 MYT
Lokasi kejadian di kawasan parit Jalan Radu. -Foto Sinar Harian
KOTA MARUDU: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri akibat lemas ketika memancing dan mandi di kawasan parit di Jalan Radu telah meninggal dunia.
Mohammad Azam Masrul Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Marudu manakala rakannya masih menerima rawatan di hospital yang sama.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Hasbi Hajat berkata, kedua-dua mangsa yang dikejarkan ke hospital sebelum itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa terakhir yang sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba yang berada berada di lokasi kejadian gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas lemas di parit berkenaan kira-kira jam 4.30 petang Selasa.
Mangsa pertama yang belum diketahui identitinya berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. -Sinar Harian
#budak lemas ketika memancing #kawasan parit di Jalan Radu #Hospital Kota Marudu #dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun