NATIONAL
Budak perempuan tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29 rumah pengasuh
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Subang Jaya, pada Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Subang Jaya, pada Selasa.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah hari menerusi talian kecemasan MERS 999.
“Sebaik menerima maklumat, anggota peronda telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi pengesahan dan bantuan.
"Hasil siasatan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan selepas terjauh dari rumah pengasuh,” katanya dalam kenyataan, yang dikeluarkan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mohd Fairus berkata, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian itu.
"Ibu mangsa menjaga seorang lagi anak yang sedang kuarantin di rumah manakala bapanya sedang bekerja ketika kejadian.
"Hasil siasatan mendapati mangsa memanjat tingkap dan tingkap rumah pengasuh itu juga tidak mempunyai jeriji," ujarnya.
Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa.
Sehubungan itu, pihak polis turut telah merakam percakapan pengasuh mangsa untuk siasatan lanjut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Mohd Fairus turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan kejadian sejajar dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membudayakan kepolisan berteraskan kesejahteraan masyarakat.