MALAYSIA
Budak sembilan tahun ditarik masuk rumah dicabul, dicederakan
Pihak Polis Bukit Sentosa telah menahan suspek iaitu seorang lelaki tempatan di rumahnya. - Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai dicabul dan dicederakan selepas ditarik masuk ke dalam sebuah rumah oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa melalui Jalan Bakawali, Bukit Sentosa di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita tempatan kira-kira pukul 8 malam memaklumkan kejadian melibatkan mangsa di bawah umur.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama kakak dan abangnya dalam perjalanan ke pasar malam melalui Jalan Bakawali sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya.
"Tiba-tiba (mangsa) didatangi seorang lelaki tidak dikenali telah menarik mangsa masuk ke dalam rumah.
"Kemudian suspek memukul mangsa menggunakan kaki dan tangan sehingga menyebabkan kecederaan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.
Ibrahim berkata, susulan itu pihak Polis Bukit Sentosa telah menahan suspek iaitu seorang lelaki tempatan di rumahnya.
Tambahnya, suspek berumur 23 tahun merupakan penganggur selain ujian saringan air kencing terhadapnya didapati positif dadah.
Ibrahim berkata, permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu selama empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan.
Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.