MALAYSIA
"Budaya agak melampau" - PM kutuk serangan terhadap anak Rafizi Ramli
Perdana Menteri Anwar menegaskan, siasatan berhubung insiden berkenaan akan dilakukan segera dan telus bagi menghentikan budaya jahat berkenaan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk insiden serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan menyifatkan insiden sebagai budaya yang semakin melampau di dalam negara.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, siasatan berhubung insiden berkenaan akan dilakukan segera dan telus bagi menghentikan budaya jahat berkenaan.
"Kita menzahirkan rasa dukacita kerana sudah ada budaya agak melampau dalam negara kita, selain buli, kemudian kematian dan kini anak Ahli Parlimen Pandan menerima serangan.
"Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan Ketua Polis Negara untuk meneruskan siasatan yang telus dan rapi, kerana budaya ini sangat membimbangkan.
"Saya beri jaminan bahawa apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan dengan cara yang telus.
"Bukan sahaja untuk mengambil tindakan, tetapi menghentikan budaya yang jahat ini," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Semalam, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan, anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat membeli belah di Putrajaya sekitar jam 1.45 petang Rabu.
Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah berkenaan.
Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.