Kepelbagaian budaya dan adat resam harus dihormati dan diharmonikan agar tidak luput ditelan zaman yang semakin canggih dan pesat ketika ini.
Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, budaya dan adat resam yang diwarisi sejak sekian lama itu harus disemai ke semua lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.
Jelasnya, ia harus diterap khasnya kepada generasi muda yang merupakan bakal pemimpin negara satu hari nanti.
"Rakyat juga perlu berbangga kerana negara mempunyai kepelbagaian budaya dan adat resam, baik dari kaum Melayu, India, Cina dan lain-lain.
"Ia sekali gus menjamin keharmoniah negara selain lagi menjadi tarikan pelancong sewaktu musim perayaan dan keraiaan setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan berkaitan ujarnya, pelancaran Pertubuhan Adat Resam dan Keris Melayu Nusantara (Pesantara) mampu memberi pengajaran kepada generasi muda untuk lebih menghargai budaya dan adat resam masing-masing.
"Ia dapat dipupuk melalui pelbagai majlis dan program kemuafakatan dan kemasyarakatan yang akan bermula tidak lama lagi.
"Pesantara bukan sahaja dapat melambangkan jati diri sesebuah bangsa di negara ini malah memartabatkan lagi negara yang diketahui umum hidup dalam suasana harmoni dengan rakyatnya yang berbilang kaum," ujarnya.
Pesantara dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee.
Sementara itu, Nicole berkata, Pesantara merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan adat resam dan budaya sesebuah bangsa.
"Ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat majmuk untuk menyantuni budaya antara sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain," ujarnya.
Jelasnya, aspek perpaduan dan keharmonian amat penting untuk terus menyuburkan keamanan dan kemakmuran yang telah dikecapi selama ini.
Astro Awani
Sat Jan 26 2019
TUNKU AZWIL: Rakyat juga perlu berbangga kerana negara mempunyai kepelbagaian budaya dan adat resam, baik dari kaum Melayu, India, Cina dan lain-lain. - Gambar www.ppim.org.my
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.