awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya tukar penjawat awam oleh menteri baharu harus dihindar - Penganalisis politik

Israr Khalid
Israr Khalid
10/12/2022
01:15 MYT
Budaya tukar penjawat awam oleh menteri baharu harus dihindar - Penganalisis politik
Penjawat awam adalah tulang belakang yang memastikan urus tadbir negara terus berjalan lancar walau apa pun yang berlaku. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Budaya buruk menukar pegawai dan kakitangan awam setiap kali bertukarnya tampuk kepimpinan teratas dalam kementerian perlu dihentikan.
Tegas penganalisis politik Prof Madya Sharifah Syahirah Syed Sheikh, ia hanya akan mewujudkan kekeliruan malah merosakkan segala perancangan dan mensia-siakan penat lelah penjawat awam yang bekerja di sebaliknya.
Kata beliau, penjawat awamlah tulang belakang negara yang memastikan segala urus tadbir dan perjalanan kerajaan terus berjalan lancar walau apa pun yang berlaku.
“Kadang-kadang sesebuah perkara itu dah dirancang, diluluskan, dah ada peruntukan tapi dicantas oleh kerana ada pertukaran pegawai kerana tak disukai atau kerana bekerja untuk menteri lama.
“Memang, menteri dan timbalannya berada di kedudukan tertinggi dalam hierarki sesebuah kementerian tapi perlulah merujuk kepada Ketua Setiausaha, pegawai-pegawai sedia ada tentang tatacara misalnya dan berbincang betul-betul sebelum membuat sebarang perubahan yang drastik,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Harus diingat bahawa kelangsungan sesebuah dasar dan program itu bukanlah hasil kerja menteri dan timbalannya semata-mata tetapi juga titik peluh seluruh anggota penjawat awam dalam sesebuah kementerian itu.
Maka tegas beliau, mereka harus dihormati dengan tidak dilayan sewenang-wenangnya kerana kepentingan politik apatah lagi peribadi.
“Ada rancangan yang mengambil masa yang lama dan janganlah tiba-tiba dicantas begitu sahaja dalam masa yang singkat.
“Bincang dahulu tentang kepentingannya, objektifnya dan sejauh mana ia betul-betul akan sampai ke akar umbi untuk rakyat.”
Budaya menteri baharu tukar penjawat awam harus dihindar - Penganalisis politik
Topic Berkaitan
#tukar kakitangan awam
#tukar tampuk kepimpinan teratas
#Sharifah Syahirah Syed Sheikh
#PantauKerajaanBaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan