[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

BudayaVerse 2025: Warisan Malaysia disulami dunia digital

Astro Awani 17/09/2025 | 11:15 MYT
Khairul Firdaus A(kiri) merasmikan program BudayaVerse 2025 yang menggabungkan warisan seni budaya Malaysia dengan teknologi digital. - Foto CRESDO
PUTRAJAYA: Program BudayaVerse 2025, satu Inisiatif menggabungkan warisan seni budaya Malaysia dengan teknologi digital, dilancarkan bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.


Ringkasan AI
  • BudayaVerse 2025 dilancarkan sempena Hari Malaysia untuk menggabungkan warisan seni budaya Malaysia dengan teknologi digital.
  • Program ini menampilkan Pertandingan Rekaan AI x Budaya yang mengadaptasi elemen tradisi seperti batik, songket dan seni khat dalam bentuk digital, dengan hadiah sehingga RM1,500.
  • Inisiatif SinergiBudaya diperkenalkan bagi menggalakkan penglibatan korporat dalam projek seni melalui kerjasama komuniti dan tanggungjawab sosial, demi kesinambungan warisan dan peluang ekonomi baharu.


Program anjuran Creative and Cultural Strategic Development Organization (CRESDO) itu dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan, dengan kerjasama pelbagai rakan strategik industri kreatif dan teknologi.

Naib Pengerusi CRESDO, Farid Zulkepli berkata, BudayaVerse 2025 membuka ruang baharu seni budaya berkembang dalam ekosistem digital, sekali gus memperkasa ekonomi kreatif.

Antara pengisian utama ialah Pertandingan Rekaan AI x Budaya, menampilkan elemen tradisi seperti batik, songket dan seni khat dalam dimensi digital, dengan hadiah wang tunai sehingga RM1,500.

Program ini turut memperkenalkan SinergiBudaya yang menggalakkan penglibatan korporat dalam projek seni melalui kerjasama komuniti dan tanggungjawab sosial, memastikan kesinambungan warisan sambil membuka peluang ekonomi baharu.




#MOTAC #BudayaVerse 2025 #CRESDO #industri kreatif #Hari Malaysia